
Yakni "daratan" dan "Lautan" (kawasan berair). Makhluk(dua alam) istimewa ciptaan ini mejangkaui pemikiran manusia mengenai kemampuan dan keupayaannya. Mampu hidup dengan tenang di kedua-dua alam ini. Kelebihan juga bagi makhluk-makhluk ini untuk mendapatkan sumber makanan dari mana-mana alam pun. Walaupun makhluk-makhluk ini mudah untuk dikenali, namun keupayaan berada di kedua-dua alam ini juga menjadikan makhluk ini selamat dari ancaman pemangsanya.
Ianya amat berbeza dengan makhluk dua alam yang berspesiskan "Manusia". "Makhluk" ini yang juga mempunyai keupayaan seperti makhluk-makhluk dua alam yang berspesiskan mamalia, namun mereka ini lebih bahaya. bijak mengambil kesempatan di mana jua. Mampu berubah, menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan skali pun demi kepentingan diri, perut, dan keuntungan peribadi..Yang lebih bahaya mereka ini amat sukar untuk di bezakan rupanya.. Berkeupayaan berubah menjadi kawan @ lawan dalam sekelip mata.. Bijak bermain kata-kata n merubah mimik muka...
Walaupun mungkin dikalangan segelintir pembaca merasakan lebih sesuai untuk mereka di gambarkan sinonim dengan sumpah-sumpah @ makhluk yang sama waktu dengannya, namun penulis lebih memilih untuk mengambarkan mereka sebagai makhluk dua alam kerana ianya lebih jelas menggambarkan sikap mereka ini. Duduk di dua alam, dua kelompok @ dua entiti yang berbeza tapi berpura-pura menyokong dan mendokong kedua-duanya yang jelas berbeza agenda dan idealismenya.
Dan ketahuilah bahawa mereka inilah yang dijanjikan akan seksaan yang amat berat lagi berat kerana sesungguhnya mereka inilah "SPESIS" yang dalam madah agama dan perjuangan mereka di gelar sebagai golongan "MUNAFIQ"...
NAUZUBILLAHHIMINZALIK...