CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 30, 2008

Nabi Syuaib a.s

Perihal penduduk Madyan

Pada suatu waktu yang lalu, sebuah negeri telah dijajah di utara Arab. Negeri ini dinamakan Madyan kerana anakanda nabi Ibrahim yang bernama Madyan telah menetap di sana. Ia merupakan tanah yang subur dan kaya dengan khazanah alam semulajadi. Para penduduk menjalankan kegiatan berniaga sebagai sumber pendapatan utama. Namun mereka kerap tidak jujur dalam urusan perniagaan. Mereka mengurangkan timbangan dan berdusta dalam pengiraan.

Mereka juga cenderung untuk menipu, tidak berakhlak, berzina dan bermacam-macam lagi jenayah. Kekayaan telah menyebabkan mereka menjadi keras hati dan suka melawan. Mereka juga tidak mempercayai akan kekuasaan Tuhan, yang menyebabkan mereka sudah tidak mengendahkan lagi akan batas-batas kesusilaan dan nilai-nilai murni. Maka Allah telah menghantar Shu'ayb untuk memperbaiki dan mencorakkan semula penduduk di Madyan. Seperti di dalam al Quran (al-A'raaf:85),

'Dan kami telah mengutus penduduk Madyan saudara mereka Shu'ayb. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu selaman-Nya. Sesungguhnya telah datang kepada mereka kepadamu bukti-bukti yang nyata dari Tuhan mu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang yang beriman."

Seruan Nabi Shu'ayb dan tentangan terhadap baginda

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Ibnu Khaldun, bonda nabi Shu'ayb merupakan seorang wanita yang warak. Salasilah baginda bertemu dengan keturunan nabi Ibrahim. Baginda merupakan seorang pemidato yang petah sehinggakan digelar 'Khatibul Anbiya'.

Baginda sering sentiasa menasihati penduduk Madyan supaya memperbaiki hidup mereka dan tidak berkelahi sesama sendiri. Namun mereka langsung tidak mengendahkan seruan baginda malah semakin lagi mencemuhnya. Mereka mula menyeksa dan mencemuh tetamu-tetamu yang ingin pergi ke rumah baginda. Baginda tetap meneruskan dakwah dan memberi amaran kepada kaum musyrikin itu,

"Dan duduklah kamu di setiap jalan, membelakangkan perintah Tuhan dan mengancam pengikut-Nya, serta ingatlah, apabila kamu sedikit dan Allah menggandakan pengikutmu, lihatlah akan pembalasan kepada mereka yang menghalang jalan Allah."

Terdapat beberapa ketua suku penduduk Madyan telah mengancam untuk menghalau nabi Shu'ayb dan pengikutnya dari Madyan. Al-Quran telah mengesahkan di dalam surah al-A'raaf:86, 'Pemuka-pemuka dari kaum Shu'ayb yang menyombongkan diri berkata :"Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Shu'ayb dan orang-orang yang beriman kepadamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami". Berkata Shu'ayb: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami) walaupun kami tidak menyukainya?".

Baginda tidak menghiraukan ancaman tersebut malah memperhebatkan lagi dakwah baginda. Baginda mengingatkan penduduk Madyan akan azab dari Tuhan yang telah turun kepada kaum terdahulu. Seperti di dalam surah Huud : 89,

"Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Huud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu."

Pembalasan kepada penduduk Madyan

Penduduk Madyan sering mempersendakan seruan nabi Shu'ayb dan kebenaran agama Allah. Mereka menyeksa baginda serta pengikutnya dengan melanggar batas-batas moral. Apabila mereka tetap meneruskan akan kedegilan mereka, maka Allah telah menurunkan azab yang dahsyat kepada mereka sebagai pembalasan di atas perbuatan mereka.

"Dan tatkala datang azab kami, Kami selamatkan Shu'ayb dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya dengan rahmat dari kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah kebinasaan bagi kaum Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa."(Huud:94-95)

Kewafatan nabi Shu'ayb

Nabi Syu'ayb wafat tidak lama selepas kemusnahan penduduk Madyan. Baginda telah dikebumikan di Shaban berdekatan dengan lembah Ibn' Ali. Kebanyakan pelawat datang dari jauh untuk melawat makam baginda.

Nabi Yaqub .a.s

Allah telah menyampaikan kepada Nabi Ibrahim A.S. berita gembira tentang kelahiran Nabi yang elit iaitu Ishaq dan Ya'qub. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Maka ketika Ibrahim sudah Ibrahim sudah menjauhkan diri daripada mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya'qub Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi. Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan mereka buah tutur yang baik lagi tinggi" (Maryam, 19: 49-50)

Kualiti Nabi Ya'qub

Nabi Ya'qub ialah anak lelaki Nabi Ishaq dengan isterinya Rebecca. Baginda dilahirkan di Palestin. Baginda hidup bersama bapanya dan datuknya. Baginda beriman sepenuhnya dengan Tuhan yang satu. Dia memimpin pengikutnya untuk berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Baginda menasihati mereka untuk sentiasa bersolat dan memberi sedekah. Baginda juga adalah seorang yang bijaksana. Allah telah mencurahkan rahmat-Nya kepada baginda dan kaum kerabat baginda.

"Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata" (Asy-Syafaat, 37: 113)

Pada usia 60 tahun, Nabi Ishaq telah dikurniakan anak kembar bernama Esau dan Ya'qub. Esau menjadi seorang pemburu dan akan memberikan daging buruannya kepada ibu bapanya yang sudah tua. Ishaq pula dipilih menjadi nabi kepada Bani Israil.

Perkahwinan Nabi Ya'qub A.S. dan Anak-anak.

Telah diceritakan bahawa bapa sudaranya Laban, telah menjanjikan selama tujuh tahun untuk mengahwinkan Rachel dengan Nabi Ya'qub A.S. Pada akhir tempoh tersebut perkahwinan itu dituntut. Kemudian, baginda terlibat dengan perjanjian perkahwinan dengan tiga orang wanita. Nabi Ya'qub A.S. mempunyai empat orang isteri dan dua belas orang anak lelaki yang menjadi ketua kepada dua belas kumpulan. Nabi Yusuf A.S. dan Benjamin adalah anak Rachel. Nabi Ya'qub sangat rapat dan mengambil berat tentang mereka.

Penentangan Terhadap Nabi Yusuf A.S.

Anak-anak daripada isteri-isteri lain cemburukan Nabi Yusuf A.S. dan mereka merancang untuk memisahkan Nabi Yusuf A.S. daripada bapa mereka. Mereka membawa Yusuf keluar dengan alasan untuk mengembala kambing tetapi mereka mencampakkan Yusuf ke dalam perigi buta. Mereka kembali ke rumah sambil menangis dan mengatakan bahawa serigala telah menyerang Yusuf. Nabi Ya'qub A.S. telah mengagak bahawa mereka hanya mereka-reka cerita sahaja. Baginda mengalami penyeksaan mental pada usia yang lanjut itu.

Baginda menangis siang dan malam dan akhirnya hilang penglihatannya. Selepas beberapa lama, baginda mendapat tahu yang Yusuf masih hidup dan menjadi penjaga gudang di Mesir. Nabi Ya'qub A.S. dan keluarganya pergi ke Mesir atas jemputan anaknya itu. Mereka disambut dengan baik dan Nabi Ya'qub A.S. terus menetap di sana. Baginda meninggal ketika berusia 140 tahun dan dimakamkan di Hebron (al-Khalil) seperti yang dikehendaki baginda.

Semasa Nabi Ya'qub A.S. sedang nazak, baginda memanggil semua anak-anak baginda dan berpesan seperti yang disebutkan dalam al-Quran:

"Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam" Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" " (Al-Baqarah, 2: 132-133)